Tuesday 16 December 2014

ANNIVERSARY KETIGA KAMI

Assalamualaikum 

Alhamdulillah syukur untuk setiap rezeki dan kesihatan yang sempurna diberikan. Syukur padamu Ya Allah.  Alhamdulillah jugak tanggal 16 Disember 2014 genap usia perkahwinan 3 tahun.  Yehaaaaa 3 tahun rupanya dah bersama. Masam manis la semua. 

Oh nak tahu apa dya buat tanggal 16 Disember 2014??? 

Malam kejadian adalah surprisekan abang dengan ini..taraaaaa.....


Rajin betul, hihi. Malam-malam time danish dah tidur, kena tidur kalau tak aiyyaak sure di kacaunya, dan abang dah nak tidur, dya pun buatkan surprise ini khas untuk abang. yeehaaa...

Okay then pada hari kejadian, dya surpirsekan dengan menghantar bunga di pejabat abang.  

Ini bunga sebelum dihantar, hehehee.. oh lupa, bagi yang nak buat surprise macam dya, nak memerlukan penghataran ke pejabat, ada sebarang event konvokesyen ke, birthday ke, anniversary macam dya ni or apa-apa jugak sahaja boleh klik di Fb ini HADIAH BUNGA

Macam-macam pakej ada sebenarnya, tapi dya pilih yang sesuai untuk di hias di pejabat abang, so alang-alang bagi bunga kita bagi yang boleh di letak di pejabat terus. Dan pakej yang ditawarkan memang berbaloi.  Harga yang dya ambil ini RM 95.00 termasuk kos penghantaran.  Okay nanti senang-senang dya sharekan pakej-pakej lain ye. 



Ha ini bunga yang telah di hantar ke pejabat.  Yehaa seronok suamiku.  Okay part siang settle, apa plan malam pula?  nak tahu..jeng jeng jeng...

Dya celebrate bersama abang dan danish di Flora Kafe Ampwalk.  Memang best la datang sini.  Dya ambil pakej untuk dua orang, dan dya ambil bersama pakej bersama belon khas untuk danish..Korang layan dulu la picture dya disana.

Tapi sebelum layan, ini dya sharekan pakej yang dya ambil untuk raikan anniversary di Flora Kafe. 

PAKEJ ROMANTIC CANDLE LIGHT DINNER di Flora kafe ampwalk ada 2 pilihan makanan.

Pilhan pertama adalah - set makanan barat

* Rojak buah (starter) sharing berdua.
* (maincourse) pilih salah satu diantara berikut : fish n chip / chicken chop / bolognese /carbonara / seafood aglio olio.
* bubur manis eg.pengat pisang (dessert)
* cake turut juga disediakan.
* air sirap FREE FLOW!
* harga RM192.50 untuk berdua(2).

Pilihan kedua adalah - set masakan kampung
Menunya  adalah spt berikut:-
- Nasi putih dihidang bersama lauk-pauk spt Asam pedas ikan jenahak,Daging masak kicap,Ayam goreng berempah,Sambal udang dan Kailan ikan masin (kesemua hidangan lauk-pauk ini akan dihidang diatas meja anda serentak).
* bubur manis eg.pengat pisang (dessert)
* cake turut juga disediakan.
* air sirap FREE FLOW!
* harga RM192.50 untuk berdua(2).

Dan bestnye Meja makan kita akan dihiasi dengan LILIN,GUBAHAN BUNGA & ALAS MEJA dan jika ada permintaan tambahan belon macam dya, boleh jugak.  Harga tambahan belon RM 70.00 dan boleh bawa balik terus untuk danish main.  


Dari Luar Flora Kafe 
Dari Luar Flora Kafe 
Meja Makan kami yang telah siap didecokan 
Suamiku yang comel 
Orang paling seronok 
Belon untuk danish 

Dari dalam Flora Kafe 
Happy Anniversary sayang, kek yang memang termasuk dalam pakej 
Family Portrait 
Ibu dan danish 
Yang tengah paling seronok 
So macam mana, best tak..hehehee..opsss bagi yang bercadang nak raikan hari istimewa ini di Flora Kafe Ampwalk boleh buat tempahan dengan hubungi Flora Kafe Ampwalk di 03-2181 0986 atau lagi senang whatsapp terus ke owner kedai ini Mr Mel 012-207 0166.  Memang terus akan direply secepat mungkin. FB Flora Kafe disini : FLORA KAFE AMPWALK

Entry akan datang, dya share hadiah istimewa abang ye..tungguuuu 

Kawan-kawan jangan lupa tau promosi bulan ini, hahaha sempat promote vitamin c, vitamin e dan collagen powder.

" VITAMIN C + VITAMIN E + COLLAGEN POWDER = PROMOSI DISEMBER 2014" 

Babai.

017-4739893
NURUL NADIA ABD KUDUS
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR 
SND EMPIRE ENTERPRISE 


 
All Rights Reserved By Ibu Sayang Danish ♥ Design By Qiela Azman