Tuesday, 8 September 2015

Percutian Danish ke Bukit Gambang Resort ~ PART 2

Assalamualaikum

Part 2 bercuti di Gambang Resort !!!! 

Bersambung lagi, hihi. Okay kalau part 1 dya share pasal Safari Park, so hari kedua di Gambang Resort ini kami habiskan masa di Kuantan. 

Tapi seawal pagi breakfast dahulu dan sempat danish swim kejap di pool resort. 


Muka budak baru bangun pagi 


Jom swim semua yeehuuuu 


Muka takut tapi seronok 

Okay selesai mandi semua, kami bersiap ke Kuantan. Dulu dya study Kuantan, so ada beberapa tempat yang memang port lepak time study dulu. Jalan-jalan cari makan tempoyak patin dan bawa danish tengok pantai di teluk cempedak. Oh kami sempat la singgah sebentar Megamall Kuantan
 (dah tak meriah seperti dya study dl Megamall ni, rupanya ada tempat shopping lagi menarik ye hihi) dan kami ke taman rama-rama tengok animal lagi dan bermain belon air. Suka sangat danish 


Orang kata best makan sini, google pun ramai kata best dan bila pergi memang terbaik ikan patin tempoyak bakar. sedap sangat !! 


Kami bungkus dan makan sini, sebab kat kedai Mabiq penuh ramai orang


Selesai makan, kami terus ke Megamall Kuantan. Bawa danish jalan. Seronok la dapat main anak bujang dya ni, sambil danish main, ibu dan makcik berjalan cuci mata. Tapi memang tak meriah dah Megamall Kuantan. Tak macam dulu. 



Budak kecil ini masih lagi bermain 

Dekat petang, danish pun dah boring main kami pun bergerak terus ke teluk cempedak. Tapi ondway nak ke sana nampak Taman Rama-rama, tengok budak-budak main belon air singgah la kejap. Main la danish. Seronok tengok anak suka. Sambil main belon air, menikmati air kelapa yang sedap. 




Okay jom gerak ke Teluk Cempedak. Danish nak mandi kat sana. Jommmmm 



Peace 


Dah habis jalan main, lapar kami singgah makan di Tanjung Lumpur tempat terbaik untuk makan seafood (sorry picture tak ambil sebab dah lapar) 

Okay selesai perjalanan hari kedua kami, balik semua ke Gambang Resort. Perjalanan dari Kuantan ke Gambang Resort dalam 30 ke 40 minit sahaja. Esok kami nak mandi yeehuuu. Esok dya share entry di Water Park ye. Babai semua. 


No comments:

Post a Comment

 
All Rights Reserved By Ibu Sayang Danish ♥ Design By Qiela Azman