Wednesday, 9 September 2015

Untukmu Syria

Assalamualaikum




Sedih bila kenangkan saudara kita di Syria kini. Berlarian menyelamatkan diri mereka. 

Segelintir dari manusia kini sedang sibuk menerang musuh-musuh Islam, segelintir dari mereka sedang sibuk mendoakan saudara kita, segelintir dari mereka juga sedang sibuk menderma. Tapi apa yang tangah kita sedang sibukkan? 

Itu semua adalah saksi bagi kita di Mahsyar nanti.

Allahuakbar !! Allahuakbar !! Allahuakbar

Selamatkanlah mereka semua saudaraku Ya Allah. Berikanlah kemenangan yang berterusan kepada para Mujahidin disana. 

Berdoalah. Jangan pernah berhenti mendoakan mereka. Amin

Bersempana Hari Raya Korban yang bakal tiba, di page Syria Care: Pertubuhan Penyayang Islam Membantu Syria sesisapa yang ingin menderma boleh membuat derma ke tabung Syria Care seperti di bawah :

Sebarang pertanyaan :

1. No Tele : 011-370 30900 ( Whatsapp)
2. Email : souriacare@gmail.com
3. No Pejabat : 03-5523407 ( Isnin - Jumaat 9.00 pagi hingga 5 petang)

Anda boleh membuat pembayaran di nombor akaun seperti :

AKAUN MAYBANK (Syria Care) :
No. Akaun : 5621 0665 3575
AKAUN CIMB BANK ( Syria Care)
No. Akaun : 8601 89 4560
Swift Code : CIBBMYKL


Pejabat : 
No.43, Jalan Bola Jaring 13/15,
Seksyen 13,
40100 Shah Alam,
Selangor Darul-Ehsan.

Isnin - Juma'at.(9.00am - 5.00pm)
Sabtu - Ahad.(10.00am - 4.00pm)




" PROMOSI ESP SEPANJANG BULAN SEPTEMBER 2015" 


NURUL NADIA ABD KUDUS
ID : 971651
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
017-4739893


Percutian Danish ke Bukit Gambang Resort ~ PART 3

Assalamualaikum

Part 3

Hai dya nak update the last day kami sekeluarga di Bukit Gambang Resort. Sebelum pulang kami habiskan masa di Water Park. Sebab last day kami disini pada hari Isnin, jadi Water Park tidak penuh seperti hari minggu. Sebelum Check out time 12.00 tengah hari kami datang ke sini. Nak datang sini tak perlu drive bawa kereta sebab bas disediakan untuk pergi dan pulang ke resort.  Mudah dan senang sangat. 

Awal pagi bangun breakfast di Resort sebelum menunggu waktu Water Park. Oh dya lupa nak share makanan breakfast disini sangat sedap terutama roti canai dan nasi lemak.  Memang menambah la makan roti canai disini, sekeping memang kami tak cukup. Okay dah pukul 10.00 pagi jom kita ke Water Park mandi-manda. 


Sementara Water Park buka pada pukul 10.00 pagi 


Makcik posing sebentar di depan pintu Water Par.  



Dah masuk, bagi pengunjung yang nak datang sini tanpa menggunakan khidmat resort, tiket bagi dewasa adalah RM 25.90 dan kanak-kanak adalah RM 18.90


Gambang Water Park turut menyediakan locket penyimpanan barang dan penyewaan Cabana, Children Life Jacket dan lain-lain lagi.  Dan untuk pengunjung yang ingin membuat bayaran, hanya E-Value sahaja diterima, tidak menerima sebarang duit berbentuk tunai.  Jika ada pengunjung tidak menghabiskan E-Value itu mereka boleh membuat penukaran semasa keluar dari Water Park di kaunter masuk. 


Ayah seronok main air ye 


Lengang orang tiada, al-maklum hari bekerja dan bukan hari cuti sekolah 


Budak merajuk 



Air sangat bersih dan sejuk 


Masa untuk pulang. Alhamdulillah syukur dapar merasai nikmat percutian bersama keluarga.  Akan datang kita ke tempat yang lain pula ye. Sebelum pulang kami mencari dahulu keropok lekor untuk di bawa pulang. 

Babai semua. 


Tuesday, 8 September 2015

Garlic Shaklee ~ bawang putih terbaik



Assalamualaikum 


Bawang Putih sudah dimakan oleh Manusia sejak dari zaman dahulu lagi.  Mereka menjadikannya sebagai salah satu makanan keperluan dan digunakan dalam perlbagai rawatan.  


Selalu makan bawang putih tak? adakah anda tahu bawang putih adalah antibiotik semulajadi yang terbaik untuk badan anda. 

Antara manfaat utama untuk pengamal Bawang Putih adalah seperti 

1.  Melancarkan Peredaran Darah 

2.  Anti Kanser

3.  Mengatasi masalah diebetes dan kolestrol di dalam badan 

4.  Mencegah dan mengubati demam dan selesema 

5.  Sebagai antibiotik semulajadi untuk badan anda 




" MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT" 


NURUL NADIA ABD KUDUS
PENGEDAR SAH SHAKLEE
ID : 971651
017-4739893

Percutian Danish ke Bukit Gambang Resort ~ PART 2

Assalamualaikum

Part 2 bercuti di Gambang Resort !!!! 

Bersambung lagi, hihi. Okay kalau part 1 dya share pasal Safari Park, so hari kedua di Gambang Resort ini kami habiskan masa di Kuantan. 

Tapi seawal pagi breakfast dahulu dan sempat danish swim kejap di pool resort. 


Muka budak baru bangun pagi 


Jom swim semua yeehuuuu 


Muka takut tapi seronok 

Okay selesai mandi semua, kami bersiap ke Kuantan. Dulu dya study Kuantan, so ada beberapa tempat yang memang port lepak time study dulu. Jalan-jalan cari makan tempoyak patin dan bawa danish tengok pantai di teluk cempedak. Oh kami sempat la singgah sebentar Megamall Kuantan
 (dah tak meriah seperti dya study dl Megamall ni, rupanya ada tempat shopping lagi menarik ye hihi) dan kami ke taman rama-rama tengok animal lagi dan bermain belon air. Suka sangat danish 


Orang kata best makan sini, google pun ramai kata best dan bila pergi memang terbaik ikan patin tempoyak bakar. sedap sangat !! 


Kami bungkus dan makan sini, sebab kat kedai Mabiq penuh ramai orang


Selesai makan, kami terus ke Megamall Kuantan. Bawa danish jalan. Seronok la dapat main anak bujang dya ni, sambil danish main, ibu dan makcik berjalan cuci mata. Tapi memang tak meriah dah Megamall Kuantan. Tak macam dulu. 



Budak kecil ini masih lagi bermain 

Dekat petang, danish pun dah boring main kami pun bergerak terus ke teluk cempedak. Tapi ondway nak ke sana nampak Taman Rama-rama, tengok budak-budak main belon air singgah la kejap. Main la danish. Seronok tengok anak suka. Sambil main belon air, menikmati air kelapa yang sedap. 




Okay jom gerak ke Teluk Cempedak. Danish nak mandi kat sana. Jommmmm 



Peace 


Dah habis jalan main, lapar kami singgah makan di Tanjung Lumpur tempat terbaik untuk makan seafood (sorry picture tak ambil sebab dah lapar) 

Okay selesai perjalanan hari kedua kami, balik semua ke Gambang Resort. Perjalanan dari Kuantan ke Gambang Resort dalam 30 ke 40 minit sahaja. Esok kami nak mandi yeehuuu. Esok dya share entry di Water Park ye. Babai semua. 


Sunday, 6 September 2015

PEMBASUH BOTOL DARI DISH WASH SHAKLEE

 Assalamualaikum

Sharing lagi testimoni ibu ayah yang telah mencuba pembasuh botol susu anak mereka dari dish wash Shaklee ini

Alhamdulillah majoriti sangat berpuas hati, siap order lagi untuk membasuh botol susu anak mereka. Based dari pengalaman dya menggunakan dan pelanggan dya, sebotol dish wash mampu digunakan lebih dari 5bulan. 

Jom dya share testimoni Dish Wash Shaklee ini 


Buih yang sangat banyak dengan hanya setitik sahaja, dan sangat wangi 


Antara order dari Customer dya 
Testimoni Pertama yang memberi perbezaan antara pembasuh botol Dish Wash dan pembasuh yang lain yang berada dipasaran 


Testimoni Kedua yang berpuas hati dengan Dish Wash ini 

Testimoni Repeat Order dari Customer dya 


Sebarang pertanyaan untuk mendapatkan Dish Wash pembasuh botol boleh hubungi dya ye. Babai 

NURUL NADIA ABD KUDUS
ID : 971651
0174739893 

Percutian Danish ke Bukit Gambang Resort ~ PART 1



Assalamualaikum

Part 1

Alhamdulillah berpeluang bercuti bersama keluarga kecil saya di Bukit Gambang Resort. 

Yeehuu seronok danish bercuti, kami pergi 3 hari 2 malam bermula hari sabtu dan pulang pada hari Isnin. Ohhh danish ada bibik bersama, kiki makcik danish la. Pergi time bukan cuti sekolah lega la sikit tak berapa ramai orang. Tambahan cuti ibu ayah danish masih banyak lagi kiki. 

Percutian 3 hari 2 malam di Gambang Resort ini kami ambil pakej dari Hotel sendiri. Kalau ada rakan dya nak ke sana budget dalam anggaran RM700 termasuk pakej tiket. Di Bukit Gambang Resort ada dua Resort. Satu Arabian Resort dan satu lagi Caribbean Resort. Kami ambil Arabian Resort termasuk tiket ke Water Park dan Safari Park, makan malam dan sarapan pagi.  

Jom nak share gambar percutian kami


Pintu Gerbang Utama Bukit Gambang Resort 


Baru nak bertolak. Inilah bibik danish :) 


Dah sampai, masuk bilik dulu. 


Bilik yang besar dan sangat selesa 


Sebab hari ini ramai sedang mandi manda, kita enjoy tgk animal dulu. Jom ke Safari Park 


Tiket dah dpt, jom masuk. Kami dah beli tiket sebenarnya tp tiket yg baru beli ini untuk makcik pulak. Let go ke Safari Park 


Danish dan ayah 


Ibu apa itu? 




Family Portrait. We are Happy 


Chicken 


Kelas Mengenal Binatang 


Bird 


Danish, ibu dan makcik 

Part One berakhir dulu ye, nanti dya share part di Water Park dan perjalanan kami jalan-jalan cari makan di Kuantan ye. Babai 





Promosi ESP September 2015

Assalamualaikum semua


Sharing sikit untuk peminat ESP, yeehuuu promosi ESP untuk anda semua !!!! 

Dapatkan sekarang. Promosi bermula la 1 September sehingga 30 September 2015

Sebarang pertanyaan boleh hubungi dya ye semua. 


NURUL NADIA ABD KUDUS 
ID : 971651
017-4739893 

Tuesday, 26 May 2015

HAND DISH WASH SHAKLEE

Assalamualaikum 

Hyeeee selamat pagi semua. Ya Allah lama betul tak bertulis sepatah dua kata di blog ini. hihi maaf semua. Bersarang rasa blog ini. Okay takpe, hari ini dya bagi tak bersarang. Sharing the best story dari customer-customer dya. Hari ini dya nak membebel share pengalaman indah customer dya yang mencuba satu produk best dari Shakle ini iaitu taraaaa 







HAND DISH WASH SHAKLEE 


Jika kami menyatakan bahawa Pencuci Pinggan kami yang berbau harum ini tidak merengsakan tangan dan mesra alam sekitar, mungkin anda beranggapan bahawa ia tidak dapat menanggalkan kotoran dan minyak dengan berkesan. Hakikatnya, anda memerlukan beberapa titisan kecil sahaja untuk menanggalkan timbunan minyak yang melekat pada pinggan mangkuk anda. Benar, beberapa titis sahaja. Masih tidak percaya?
  • Lembut pada tangan
  • Rumusan berasaskan tumbuh-tumbuhan daripada sumber semula jadi yang mapan
  • Buih sabun yang tahan lebih lama
  • Menjadikan pinggan bersih berkilau
  • Hanya beberapa titisan untuk mencuci timbunan pinggan mangkuk di dalam sinki
Tahukah Anda?
  • Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti diethanolamine (DEA) dan sodium dodecylbenzensulfonate.
  • Kedua-dua bahan tersebut boleh merengsakan kulit dan mata.
Get Clean Dish Wash Concentrate tidak mengandungi bahan-bahan ini mahupun bahan berbahaya yang lain
Keunikan Shaklee
Selamat
  • Tidak toksik
  • Hipoalergenik
  • Tanpa klorin
  • Lembut pada tangan anda
  • pH seimbang
  • Tiada bahan kimia berbahaya
Berkesan
  • Amat berkesan menanggalkan minyak
  • Rumusan pekat: hanya sedikit diperlukan untuk mencuci pinggan mangkuk yang lebih banyak
  • Buih sabun yang tahan lebih lama
Mesra Alam
  • Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
  • Mudah biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Tanpa bahan pewarna
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan


 
All Rights Reserved By Ibu Sayang Danish ♥ Design By Qiela Azman