Part 3
Hai dya nak update the last day kami sekeluarga di Bukit Gambang Resort. Sebelum pulang kami habiskan masa di Water Park. Sebab last day kami disini pada hari Isnin, jadi Water Park tidak penuh seperti hari minggu. Sebelum Check out time 12.00 tengah hari kami datang ke sini. Nak datang sini tak perlu drive bawa kereta sebab bas disediakan untuk pergi dan pulang ke resort. Mudah dan senang sangat.
Awal pagi bangun breakfast di Resort sebelum menunggu waktu Water Park. Oh dya lupa nak share makanan breakfast disini sangat sedap terutama roti canai dan nasi lemak. Memang menambah la makan roti canai disini, sekeping memang kami tak cukup. Okay dah pukul 10.00 pagi jom kita ke Water Park mandi-manda.
Dah masuk, bagi pengunjung yang nak datang sini tanpa menggunakan khidmat resort, tiket bagi dewasa adalah RM 25.90 dan kanak-kanak adalah RM 18.90
Gambang Water Park turut menyediakan locket penyimpanan barang dan penyewaan Cabana, Children Life Jacket dan lain-lain lagi. Dan untuk pengunjung yang ingin membuat bayaran, hanya E-Value sahaja diterima, tidak menerima sebarang duit berbentuk tunai. Jika ada pengunjung tidak menghabiskan E-Value itu mereka boleh membuat penukaran semasa keluar dari Water Park di kaunter masuk.
No comments:
Post a Comment